Nama Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar

Nama Terdahulu
Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai
Sekolah Menengah Alang Iskandar
Lencana Sekolah
Bendera Sekolah
Lagu Sekolah
Cogan Kata Sekolah
Usaha Pasti Jaya
Itulah Cogan Kata Kita
Sekolah Menengah Alang Iskandar
Maju Terus Maju

Berusahlah Kita
Untuk Mencapai Cita-cita
Demi Bangsa Dan Untuk Negara
Yang Amat Tercinta

Ingatlah Jua Panduan Ugama
Menuju Ke Jalan Yang Benar
Bersatu Padu Semua Bangsa
Semoga Kita Sejahtera

Usaha Pasti Jaya
Pegangan Hidup Kita Semua
Semoga Tuhan Akan Memberkati
Hidup Aman Bahagia
Usaha Pasti Jaya
Visi Sekolah

Melahirkan insan yang cemerlang dalam bidang
kurikulum,kokurikulum, sahsiah dan pengurusan
melalui usaha yang berterusan


Misi Sekolah

1. Mempunyai satu pasukan yang berketrampilan,
berdeikasi, komited, berdisiplin, bermotivasi
tinggi dan membimbing pelajar ke arah
kecemerlangan.

2. Mewujudkan insan yang sentiasa peka dan
responsif kepada kehendak-kehendak dan
keperluan-keperluan pelanggan- pelajar,
masyarakat dan negara.

3. Membentuk pelajar yang serba boleh, mempunyai
keyakinan diri yang tinggi dan berbudi pekerti
mulia.

Sepanjang jalan menuju bandar
Bandar bernama Bagan Serai
Izin perkenal Alang Iskandar
Lebih mesra di panggil SMAI
.............................................

Senikata :
Mohd.Rosli b.Arshad

Lagu :
En.Hamdan b Haji Sulaiman
Keterangan:
Warna Biru - Perpaduan Kaum
Warna Merah - Kerjasama Antara
Warga Sekolah
Warna Biru - Ilmu
Obor - Semangat
Usaha Pasti Jaya - Cogankata Sekolah

Keterangan:
Warna Biru - Perpaduan Kaum
Warna Merah - Kerjasama Antara Warga
Sekolah
Warna Kuning - Ilmu

Sejarah Ringkas Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Alang Iskandar didirikan pada
tahun 1969 di Jalan Kurau, Bagan Serai di atas tapak seluas 10
ekar. Penempatan pelajar dimulakan pada tahun 1970 dengan
memindahkan seramai 644 orang pelajar-pelajar aliran Melayu
daripada SMJK (I) Bagan Serai. Ketika itu sekolah ini dikenali
sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai.

Sempena perasmian sekolah pada 5 September 1997 oleh DYMM
Paduka Sri Sultan Perak, Sultan Idris Almutawakkil-allahu Shah,
Nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Menengah Alang
Iskandar sempena nama ayahnda baginda Almarhum Sultan
Iskandar Shah Kaddasallah G.C.M.G., K.C.V.O. (Raja Alang
Iskandar) yang memerintah Negeri Perak dari tahun 1918 hingga
1938.

Senarai Pengetua-pengetua SMK Alang Iskandar:

Nama Pengetua Tahun Berkhidmat

Tn.Hj.Ahmad Suffian b.Arshad1970 - 1973
En. Mohd.Ali b.Jamil1973 - 1976
En.Husin b.Kamdi 1976 - 1979
Tn.Hj.Mohd.Sabri b.Ngah Habsah 1980 - 1984
En.Zainal Badri b.Ahmad Rafaei1984 - 1989
Tn.Hj.Mohamad Amin b.Alang Endut PPT. 1989 - 1990
En.Abas b. Mohamad 1990 - 1992
Pn.Hjh.Salmah bt.Dato'Hj.Ab.Rahman PPT.1992 - 1998
Pn. Hjh.Fudziah bt.Talib1998 -




Almarhum Sultan Iskandar Shah Kadasallah
G.C.M.G., K.C.V.O (1918 - 1938)
(Raja Alang Iskanar)
You need a Java-enabled browser to hear audio clips on this page.