TAZKIR
AH
GENERASI KELABU ASAP
Terdapat banyak model gaya hidup yang dipasarkan kepada masyarakat. Model ini dibungkus, dihias
serta dipersembahkan dengan cara yang cukup menarik dan menggunakan kecanggihan alat teknologi
media massa terkini. Mlahan kajian ke atas pelanggan kumpulan sasaran dibuat dengan penuh teliti.
Akhirnya terpasarlah model gaya hidup baru, selera baru untuk generasi alaf baru.

Ramai pelanggan yang terpesona dan menjadi pengguna setia dan menghayati budaya hidup yang
diiklankan. Mereka tidak sedar model gaya hidup yang dipaparkan itu sebenarnya bukanlah produk yang
berkualiti. Harapkan bungkusan sahaja yang menarik tetapi produknya busuk dan berkulat.

Maka bermulalah gaya hidup "Doremon" dan "Pokeman" yang menjadi ikutan anak-anak. Remaja meniru
gaya hidup "New Boyz" dan "Ning Baizura". Manakala yang dewasa meniru gaya hidup "Dunhill" dan
"Bensen & Hedges".
Apa yang pasti model gaya hidup yang paling laris jualannya ialah model gaya hidup artis.Pasarannya
mencecah jutaan pengikut. Bilamana gaya hidup yang kotor berulat ini menjadi contoh generasi,
ummah akan menghadapi penyakit krisis identiti yang paling parah. Seterusnya akan menjejaskan
kualiti ummah dalam menghadapi masa depan. Inilah jarum-jarum halus Yahudi yang menyucuk
generasi kini.

Apakah ubat yang boleh menyembuhnya?. Apakah penawar tersebut?. Di manakah boleh
mendapatinya?. Jawabannya berbaliklah kepada apa yang telah dijanjikan kepada Allah dalam setiap
kali menunaikan solat.
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus (Islam) iaitu jalan mereka yang telah Engkau kurniakan nikmat
kepada mereka" (maksud al Fatihah : 6-7)

Jelas kita berjanji untuk mengikut gaya hidup mereka yang mendapat nikmat Allah. Siapakah
mereka? Mereka ialah :
"Sesiapa yang mentaati Allah dan RasulNya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang
dianugerahkan nikmat oleh Allah iaitu para Nabi, para Saddiqin, para Syuhada' dan orang Soleh dan
mereka itulah teman yang sebaik-baiknya" (maksud surah An Nisa' : 69)

Sedarkah kita bahawa, kita telah berjanji untuk mengikut gaya hidup Nabi dan gaya hidup orang
hebat yang pernah mengikut gaya hidup Nabi?

Tetapi berapa ramai mereka yang mungkiri janji tersebut? Masih hanyut dalam menghadapi krisis
identiti, sebab tidak faham apa yang telah dijanjikan.Masih kelabu asap tentang gaya hidup Nabi
kerana tiada promosi.

Antara kita sedar atau tidak bahawa Allah sendiri telah mempromosi gaya hidup Nabi dalam Al Qur'an
dengan firmanNya yang bermaksud :
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu menjadi contoh teladan yang paling baik untuk ikutanmu"
(maksud surah al Ahzab :21)

Lagi firmanNya yang bermaksud :
" Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang paling mulia"
(maksud surah al Qalam :4)

Promosi siapakah yang paling hebat, lebih benar dan tepat? Oleh itu menjadi tanggungjawab semua
individu muslim bagi menjelaskan gaya hidup Nabi yang sebenar khususnya kepada generasi alaf ini
yang penuh dengan pelbagai rintangan,dugaan,mehnah dan tribulasi.Sama-samalah kita mempromosi
gaya hidup Nabi secara praktikal dalam semua aspek : politik,ekonomi,sosial,pendidikan (tarbiah)
dan sebagainya.

Wassalam.

Ustaz Mohamad Azman